PAKISTAN- Seorang transgender, Nayab Ali seorang bersama rakannya Nadeem Kashish berdiri untuk kerusi parlimen di Pakistan semalam.
“Saya sedar bahawa tanpa kuasa politik, kita tidak boleh mendapatkan hak kita,” kata Nayab kepada para pemberita.
Graduan universiti itu merupakan salah satu daripada empat calon transgender yang bakal bertanding pada pilihan raya Pakistan pada minggu depan.
Menurut kata Nayab, dia pernah menjadi mangsa seksual saudara maranya sendiri kemudian disimbah dengan asid oleh bekas teman lelaki sendiri dan dipaksa meninggalkan rumah ketika dia berusia 13 tahun.
Justeru, hak bagi wanita transgender di Pakistan perlu dipertimbangkan sewajarnya di Pakistan, katanya.- MalaysiaGazette