Home Dunia 11 pemandu teksi maut ditembak

11 pemandu teksi maut ditembak

Kesan tembakan pada bas mini yang menyebabkan 11 orang terbunuh. foto AP

CAPE TOWN – Sekumpulan lelaki bersenjata di Afrika Selatan membunuh 11 orang pemandu bas mini dalam satu serbuan.

Polis berkata, mereka yang maut itu daripada pemandu teksi wilayah Gauteng.

Mereka diserang dengan senjata ketika dalam perjalanan balik menghadiri upacara pengebumian di Kwa-Zulu Natal.

Motif serangan masih belum jelas meskipun pernah berlaku keganasan antara pemandu bas mini kerana berebut laluan yang menguntungkan

Bas mini adalah pengangkutan awam paling popular di Afrika Selatan.

Jurucakap polis, Brigadier Jay Naicker berkata, kenderaan itu diserang antara bandar-bandar Colenso dan Weenen, di wilayah pantai.

“Kenderaan itu diserang hendap, terdapat 11 kematian dan empat cedera parah dan berada di hospital.

“Terdapat banyak keganasan di kawasan itu tetapi kami masih menyiasat siapa pelaku,” katanya.

Serangan yang disasarkan datang beberapa hari selepas tembakan maut di Johannesburg, media Afrika Selatan melaporkan. – MalaysiaGazette