Home Ekonomi Ringgit kukuh berbanding dolar

Ringgit kukuh berbanding dolar

ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dakwaan Presiden Donald Trump bahawa China dan Kesatuan Eropah (EU) memanipulasi mata wang negara masing-masing.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0490/0540 berbanding dolar AS berbanding 4.0600/0630 penutup Jumaat.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9748/9796 daripada 2.9687/9718 Jumaat dan turun berbanding euro pada 4.7551/7614 daripada 4.7315/7366.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3216/3298 berbanding 5.2861/2904 dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.6500/6549 daripada 3.6108/6138. – BERNAMA

+ posts