Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Amiruddin Shaari berkata tidak menjadi satu kesalahan menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri tersebut dalam tempoh berkempen.
Beliau menegaskan ianya bukan satu isu besar sebaliknya perkara yang perlu dielakkan adalah penggunaan agensi untuk meraih undi menerusi pemberian sagu hati atau wang.