Home Sukan Ballon d’Or: Mbappe undi diri sendiri

Ballon d’Or: Mbappe undi diri sendiri

Kylian Mbappe antara tulang belakang bagi skuad kebangsaan Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, baru-baru ini.
Kylian Mbappe antara tulang belakang bagi skuad kebangsaan Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, baru-baru ini.

LONDON – Kylian Mbappe secara terbuka memberitahu siapa lima pemain pilihannya bagi memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Ballon d’Or.

Apa yang mengejutkan, pemain berusia 19 tahun itu tanpa berahsia memilih dirinya sendiri selain Neymar, Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan Raphael Varanem.

Penyerang Paris Saint-Germain itu merupakan antara tulang belakang skuad kebangsaan Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, baru-baru ini.

“Bagi melengkapkan senarai, saya fikir saya perlu meletakkan nama saya juga,” ujarnya kepada France Football yang dilaporkan Mirror.UK.

Anugerah Ballon d’Or diberikan berdasarkan undian daripada wartawan antarabangsa, kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan yang dirasakan telah memberikan prestasi yang sangat mengagumkan untuk tahun sebelumnya.

Ramai meramalkan Luka Modric bakal memenangi anugerah Ballon d’Or walaupun keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 tidak memihak kepada Croatia. – MalaysiaGazette