Home Ekonomi Harga minyak dunia jatuh

Harga minyak dunia jatuh

TOKYO – Harga minyak terus lemah dalam dagangan hari ini berikutan risiko penawaran dan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat semakin meningkat.

Minyak mentah Brent turun AS$0.10 sen atau 0.14 peratus kepada AS$72.96 setong pada 0037 GMT, selepas turun AS$0.01 sen pada hari Isnin.

Manakala minyak West Tewas Intermediate susut AS$0.0 9 sen, atau 0.13 peratus kepada AS$67.80 setong selepas jatuh AS$0.37 pada hari sebelumnya.

Terdahulu pada sesi Isnin, pasaran meningkat selepas Presiden Donald Trump memberi amaran tentang akibat buruk bagi Iran jika ia mengancam Amerika Syarikat.

“Walaupun harga minyak adalah mendapat manfaat dalam pertikaian antara Presiden Donald Trump dan Presiden Iran, Rouhani, rangsangan itu mula merosot apabila peniaga bimbang berlaku lebihan bekalan,” kata Stephen Innes, ketua perdagangan untuk APAC di OANDA.

Arab Saudi dan pengeluar minyak lain menaikkan pengeluaran untuk mengimbangi kerugian yang mungkin akan datang berikutan negara-negara lain perlu mematuhi sekatan Amerika Syarikat ke atas jualan minyak Iran pada November ini. – MalaysiaGazette