Home Sukan Kami sudah lindungi Ozil – DFB

Kami sudah lindungi Ozil – DFB

Mesut Ozil.
Mesut Ozil.

LONDON – Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) tampil menjelaskan dakwaan penyerang Mesut Ozil bahawa wujud unsur perkauman terhadapnya.

DFB menegaskan, pihaknya telah bertindak sewajarnya untuk melindungi Ozil daripada berdepan diskriminasi perkauman dan perkara itu tidak berlaku.

Dia memberi alasan menerima layanan tidak sepatutnya daripada DFB.

Ozil mendakwa jadi sasaran termasuk menerima emel berunsur kebencian dan ancaman kerana kegagalan Jerman di Piala Dunia. – MalaysiaGazette