Home Nasional Kes HFMD meningkat di seluruh negeri kecuali Sarawak

Kes HFMD meningkat di seluruh negeri kecuali Sarawak

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kebanyakan negeri menunjukkan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada tahun ini berbanding tahun lalu kecuali Sarawak.

Malah, jumlah kes HFMD telah melebihi paras amaran bagi semua negeri,

Pada 23 Julai 2018, sebanyak 564 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara, menjadikan kumulatif kes dari 1 sehingga 23 Julai sebanyak 35,886.

Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFDM) meningkat sebanyak 3,852 kes antara 15 hingga 21 Julai lalu.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 1,506 kes berbanding pada 8 Julai hingga 14 Julai iaitu 2,346.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah premis yang ditutup di seluruh negara sehingga kini adalah 469 iaitu 217 taska, 223 tadika/prasekolah, beberapa kelas dari 27 sekolah, masing sebuah sekolah di Pulau Pinang dan di Pahang (di mana buat masa ini kedua-dua sekolah ini telah ditutup sepenuhnya).

Katanya, Kementerian Kesihatan dan beberapa agensi akan pengukuhan saringan di pintu masuk taska, tadika, pra sekolah dan sekolah rendah tahap satu (darjah 1 hingga 3) bagi memastikan hanya kanak-kanak yang tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sahaja yang dibenarkan masuk ke kelas.

Selain itu, meningkatkan tahap kebersihan di luar dan di dalam premis, termasuk kebersihan alatan mainan kanak-kanak dan keperluan disinfeksi harian setiap kali sesi persekolahan tamat, juga meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga kebersihan.

Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan juga telah memberi cuti kuarantin kepada penjawat awam sekiranya anak atau jagaannya menghidap enam jenis penyakit termasuk HFMD.

Ia bagi memudahkan ibu atau bapa menguruskan anak khususnya apabila dimasukkan ke wad atau apabila pusat jagaan anak diarahkan tutup oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette