LONDON – Manchester City dilaporkan bersedia untuk menjual pemain sayap, Raheem Sterling musim hadapan.
City didakwa sudah bersedia untuk kehilangan Sterling sekiranya pemain itu tidak mahu menandatangani kontrak baharu.
Kontrak semasa bekas pemain Liverpool itu akan tamat pada Jun 2020.
Bagaimanapun the Citizens tidak sanggup membiarkan mana-mana pemain penting dalam skuadnya tamat kontrak.
Penyerang kelahiran London itu mencetuskan kemarahan penyokong Liverpool apabila meninggalkan Anfield tiga musim lalu.
Kini laporan di Etihad mendakwa pemain itu masih enggan menandatangani kontrak baharu bersama the Noisy Neighbours itu.
Pengurus City, Pep Guardiola dikatakan hilang kesabaran dan sedia ‘mengusir’ pemain itu sekiranya tidak mengubah sikapnya dan memeterai kontrak baharu bersama kelab.
Pemain antarabangsa England itu tidak berada pada tahap terbaik semasa kempen Piala Dunia 2018 di Rusia. – MalaysiaGazette