Home Nasional Zahid bakal ketuai PAC?

Zahid bakal ketuai PAC?

Yang Berhormat Jelutong, saya sudah dengar kenyataan Bagan Datuk, beliau tidak merujuk kepada sesiapa. Kenyataan itu bukan untuk Perdana Menteri.
Yang Berhormat Jelutong, saya sudah dengar kenyataan Bagan Datuk, beliau tidak merujuk kepada sesiapa. Kenyataan itu bukan untuk Perdana Menteri." - Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mungkin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ini kerana cadangan itu juga termaktub sebagai salah satu janji dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu.

Namun demikian, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan berbincang perkara tersebut dalam mesyuarat mingguan lusa ini bersama-sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau, ketika ini perkara itu belum lagi diputuskan lagi namun membayangkan pihaknya komited dalam memastikan setiap yang termaktub dalam manifesto itu ditunaikan.

“Sudah tentu kami amat serius untuk menunaikan janji manifesto, ini juga antara sebab mengapa mesyuarat ini akan diadakan. Jika kami tidak serius atau komited, kami tidak akan adakan perbincangan ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya bersedia untuk menunaikan janji dengan melantik Ketua Pembangkang mengetuai PAC.

Bulan lepas, Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah pernah mengakui penubuhan Jawatankuasa Parlimen dan pelantikan Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi PAC antara proses pendemokrasian yang dilaksanakan kerajaan PH.

Kata beliau yang juga merupakan Menteri Luar, lebih banyak lagi transformasi Parlimen bakal dilaksanakan menjelang persidangan pertama yang dijadualkan pada penghujung bulan Julai.

“Tempoh 100 hari pertama pemerintahan adalah tempoh transisi ke arah pendemokrasian Parlimen malah, antara pendekatan itu tidak pernah berlaku dalam kerajaan sebelum ini misalnya pelantikan Pengerusi PAC daripada blok pembangkang,” katanya. – MalaysiaGazette