Home Sukan Barcelona rampas Malcom dari AS Roma

Barcelona rampas Malcom dari AS Roma

Malcom menyertai Barcelona dengan menandatangani kontrak 45 juta pound bertempoh lima tahun

BARCELONA – Barcelona membawa masuk Malcom Filipe Silva de Oliveira daripada Bordeaux dengan nilai 45.5 juta pound sterling semalam sekali gus menyekat pemain antarabangsa Brazil itu berhijrah ke As Roma.

Pembelian dramatik itu didakwa bakal memberi kesan kepada bintang Chelsea, Willian yang sedang menunggu peluang berhijrah ke Nou Camp pada musim ini setelah kelab gergasi la Liga itu bersetuju dengan tawaran sebanyak 70 juta pound.

Chelsea bagaimanapun menolak tiga tawaran Barcelona antara 55 juta pound hingga 65 juta pound terhadap Willian.

malcom barcelona
Malcom membuat pusingan u saat akhir menolak tawaran AS Roma dan menyertai Barcelona.

Roma pada saat saat akhir bahawa Malcom mengubah fikirannya dan menyertai Barcelona.

Malcom dilaporkan menandatangani kontrak lima tahun sehingga 2023 dan agennya, Junior Minguella memuat naik gambar pemain itu menyarung jersi Barcelona.- MalaysiaGazette