Home Sukan Kejohanan Dunia: Daren tak gentar tanpa Chong Wei

Kejohanan Dunia: Daren tak gentar tanpa Chong Wei

KUALA LUMPUR, 27 Jun -- Pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren beraksi menentang pemain Indonesia Jonatan Christie dalam pusingan pertama pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena hari ini. Liew Daren tewas dengan keputusan 18-21, 17-21. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PETALING JAYA – Pemain profesional negara, Liew Daren mengakui tidak tertekan untuk menggalas cabaran sebagai wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki tanpa kehadiran Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Dunia 2018 di Nanjing, China, bermula Isnin ini.

Chong Wei menarik diri daripada kejohanan yang bermula 30 Julai hingga 5 Ogos ini akibat masalah pernafasan.

Menurut Daren, yang juga bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau memang terkejut dengan berita bahawa Chong Wei menghadapi masalah pernafasaan dan terpaksa berehat selama sebulan.

“Saya memang terkejut apabila mengetahui Chong Wei sakit semalam sebab saya tak sangka dia ada penyakit yang serius macam ini kerana dia seorang pemain yang sangat berdisiplin dan cergas. Saya harap beliau sembuh dengan cepat.

“Setakat ini saya tiada tekanan kerana saya tidak berada di bawah BAM. Jadi saya hanya fokus mengenai persiapan diri dan bagaimana untuk meningkatkan prestasi saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Akademi Badminton AirAsia dan aplikasi Yippi di sini, hari ini.- BERNAMA