Home Nasional Perkasakan Mahkamah Syariah bukan sekadar RUU355

Perkasakan Mahkamah Syariah bukan sekadar RUU355

Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan boleh membawa semua Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 untuk dibahaskan kembali ke Dewan Rakyat.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, Pas sewajarnya menggerakkan sendiri wakil rakyat di Dewan Rakyat bagi mengadakan rundingan semula dengan kerajaan dalam usaha memastikan ia direalisasikan.

“Terpulang pada mereka (DUN Kelantan). Bagi kami usaha memperkasakan Mahkamah Syariah, diusahakan dan diteruskan bukan sekadar naikkan hubungan,” katanya.

Mengulas lanjut, Pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, biarpun kerajaan kini menumpukan kepada memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun RUU355 bukan lagi keutamaan.

Jelasnya keutamaan PH kini lebih tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang daripada segi perkahwinan bawah umur bagi memastikan perkara sama yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 11 tahun yang berkahwin dengan warga Thailand dengan lelaki tempatan berusia 41 tahun tidak berulang.

“Saya rasa perkasakan Mahkamah Syariah memerlukan lebih dari itu,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan berkata akan mengadakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan (PH) bagi membolehkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen.

Kerajaan negeri Pas itu berhasrat menguji kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada boleh membantu Kelantan melaksanakan undang-undang berkenaan.

Untuk rekod, RUU355 sehingga tidak tersenarai dalam senarai aturan mesyuarat Parlimen penggal ini untuk persidangan pertama selepas PH menangi PRU14, Mei lalu. -MalaysiaGazette