Home Seni Hidup Siti Nurhaliza pun makan jamu Tya Ariffin

Siti Nurhaliza pun makan jamu Tya Ariffin

Tya Arifin memperkenalkan rangkaian produk cecair jamu di beri nama Mutyara Beauty.

KUALA LUMPUR – Aktres Indonesia, Tya Arifin memang seorang yang mementingkan kesihatan dan kecantikan terutama menerusi amalan memakan jamu.

Isteri kepada ahli perniagaan, Asyraf Khalid itu kini mahu berkongsi rahsia kecantikan untuk diamalkan oleh wanita tanpa mengira peringkat umur.

Hari ini, ibu muda berusia 24 tahun kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf itu tampil memperkenalkan rangkaian produk cecair jamu, Mutyara Beauty.

Walaupun seperti melawan arus kebanyakan artis tempatan yang lebih gemar menjual produk komersial seperti tudung dan minyak wangi figura cantik ini optimis mengangkat jamu untuk dikomersialkan.

Lebih utama,  katanya, menerusi rangkaian produk cecair dengan kandungan 350 ml dan berharga RM68 itu, Mutyara Beauty dihadir khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata-mata.

7596153600_RASH5208
Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir pada majlis pelancaran Mutyara Beauty di Wow K (dulunya dikenali sebagai Saloma Bistro) di sini hari ini.

“Kebiasaan dan selalunya ada stigma yang melihat jamu itu hanya untuk dijamah orang tua sahaja. Tak kurang juga yang melihat jamu hanya amalan bagi wanita selepas bersalin sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita. Jika kita sendiri sebagai golongan wanita yang tidak menghargai semua itu, siapa lagi yang akan melakukannya.

“Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu ini wajar dikomersialkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga. Saya tidak mahu khasiat jamu itu dibiarkan begitu sahaja sebaliknya ingin berkongsi dengan seluruh wanita di luar sana yang percaya betapa peri pentingnya amalan ini.

“Saya juga harap kehadiran Mutyara Beauty ini dapat mengubah pandangan skeptikal itu dan diperluaskan lagi penggunaannya untuk semua wanita. Mutyara Beauty khususnya boleh diminum oleh perempuan di usia 16 tahun, mereka yang belum berkahwin hingga seterusnya.

“Bahkan saya mahu lihat ia menjadi keperluan wajib untuk ibu muda seperti saya untuk menghargai diri dan orang tersayang dengan penjagaan dalaman diri,” katanya pada majlis pelancaran Mutyara Beauty  di Wow K (dulunya dikenali sebagai Saloma Bistro) di sini hari ini.

Jelas Tya lagi, jamu Mutyara Beauty juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.

7594174576_RASH5260
Tya Arifin bersama suami, Asyraf Khalid dan anak, Arif Jiwa.

“Saya sendiri sudah terbiasa dibesarkan dalam keluarga yang menyukai jamu. Kalau dulu saya sendiri melihat ramuan jamu itu dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas melalui cara tradisional. Tapi sekarang, saya buat jamu dalam bentuk cecair pekat yang memudahkan dengan harga mampu dimiliki terutama untuk generasi sekarang yang lebih gemar cara menyenangkan.

“Malah jamu ini juga akan menghakis skeptikal terhadapnya yang sering digambarkan pahit dan sukar ditelan. Sebaliknya jamu Mutyara Beauty dengan ramuan istimewa memudahkan proses menelan dan ia tidak pahit.

“Itulah uniknya jamu Mutyara Beauty yang akan menjelmakan rasa kemanis-manisan disebabkan oleh campuran buah ‘Cranberries’ demi sebuah kelazatan tersendiri tanpa prejudis. Ia juga mengandungi makan Sunnah seperti Habatus Sauda, kurma, madu dan halba,” katanya.

Malah berada dalam kelompok keluarga terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah turut mencuba jamu keluarannya.

“Mereka juga mencuba dan amat menyenanginya. Jamu saya ini tak pahit  dan boleh ditelan. Saya yakin jamu Mutyara Beauty ini mampu diterima ramai dan menjadi pelengkap istimewa golongan wanita

“Sekali cuba, saya yakin mereka pasti nak lagi.  Moga Mutyara Beauty akan terus menjadi pilihan ramai. Ia boleh dibeli dan didapati di seluruh negara menerusi stokis terpilih kami. Malah kalau ada yang mahu menjadi stokis atau agen jamu ini juga boleh menghubungi talian 0129209011. Atau boleh ke Instagram, @mutyarabeauty atau layari laman sesawang, www.mutyara.com,” katanya.

Jamu Mutyara Beauty dihasilkan dengan ramuan istimewa bahan semula jadi serta campuran herba, kunyit, halia, akar serapat, Kacip Fatimah.

Tidak ketinggalan ia juga memiliki campuran buah Delima dan

Cayenne. – MalaysiaGazette