Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau pernah tiga kali menawarkan jawatan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ujarnya tiga tawaran itu dibuat sebelum dan selepas pemilihan UMNO berakhir 30 Jun lalu di mana Khairy menjadi salah seorang pesaingnya untuk jawatan presiden parti.
“Pertama sekali tawaran saya beri sebelum pemilihan.
Saya tawarkan dia jawatan Naib Presiden sebab Hishamuddin tidak bertanding. Dia mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden.
“Tapi akhirnya dia bertanding kerusi Presiden. Selepas dia kalah, saya tawarkan jawatan Setiausaha Agung BN, tapi dia tolak juga.
“Sebelum pengumuman harian baharu UMNO, saya tawarkan beliau buat kali ketiga sebagai Ketua Penerangan.
Ditolak juga,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Ketiga-tiga jawatan itu adalah kerusi Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Ketua Penerangan UMNO.