Home Sukan Anthony Martial pulang awal sambut kelahiran anak kedua

Anthony Martial pulang awal sambut kelahiran anak kedua

Anthony Martial pulang dari jelajah pramusim AS sebagai menyambut bayi keduanya

NEW YORK – Anthony Martial dibenarkan meninggalkan jelajah pra-musim Manchester United lebih awal sebagai menyambut anak keduanya yang bakal dilahirkan bila-bila masa.

Pemain itu bersama skuad the Red Devils untuk menghadapi perlawanan pra musim di Amerika Syarikat yang akan berdepan AC Milan hari ini.

Bintang antarabangsa pasukan juara Piala Dunia Rusia 2018 berusia 22 tahun itu memulakan dua aksi berkeputusan seri sebelum ini tetapi gagal menghasilkan gol.

Skuad Jose Mourinho masih perlu mengharungi 3 lagi perlawanan namun tidak dapat dipastikan sama ada Martial akan kembali selepas menyambut kelahiran bayi keduanya untuk bermain menentang AC Milan, Liverpool dan Real Madrid.

Sky Sports difahamkan bahawa Martial memberitahu Mourinho dia mahu meninggalkan Old Trafford.

Chelsea, Bayern Munich dan Borussia Dortmund mengintai rapat perkembangan pemain itu bersama the Red Devils yang kelihatan tak menentu.

Martial dibeli oleh bekas Pengurusnya Louis van Gaal tiga musim lalu dan beraksi lebih kerap di bawah bimbingannya.

Bagaimanapun pemain itu bergelut untuk beraksi dalam kesebelasan utama sejak awal musim ini sebaliknya memanaskan bangku simpanan dalam perlawanan penting.- MalaysiaGazette