Home Seni Hidup Bila Ferrari Aliff Syukri terbakar..

Bila Ferrari Aliff Syukri terbakar..

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mahu pengeluar kereta Ferrari bertanggungjawab terhadap keretanya yang terbakar semalam.

Itu kata usahawan muda itu kepada sebuah portal hari ini.

Kereta Ferrai model 458 Italia berharga RM1.8 juta itu terbakar di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian pemandunya bukan Aliff tetapi dipandu oleh seorang warga Australia yang menyewanya.

Menerusi keterangan pemandu, dia menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos dan bertindak memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.

Lebih kurang seminit selepas dia berhenti dan keluar daripada kenderaan, berlaku letupan yang menyebabkan api marak membakar kereta mewah berkenaan.

Aliff Syukri memuat naik video sedih dan menangis melihat kereta kesayangan tiba-tiba meletup dan terbakar.- MalaysiaGazette