Home Ekonomi Boleh struktur semula Khazanah, bukan balas dendam

Boleh struktur semula Khazanah, bukan balas dendam

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad akan membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat dana nasional tersebut.

“Tun Dr Mahathir Mohamad menerima tawaran peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah kerana “langkah ini membolehkan Kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru yang sedia ada.

“Mahathir menegaskan bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baru, atau memindahkan mereka ke syarikat lain, atau pun mengekalkan sesetengah mereka untuk kesinambungan perjalanan syarikat,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Malah Mahathir menolak dakwaan bahawa peletakan jawatan beramai-ramai itu adalah balas dendam daripada kerajaan.

“Kita tidak menganggap semua terlibat di dalam salah-laku tetapi pentadbiran ini tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan.

“Peletakan jawatan beramai-ramai ini akan memberi ruang untuk menyusun semula Khazanah kerana polisi kami adalah berlainan dari pentadbiran sebelum ini,” katanya lagi.

Semalam, Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan. -MalaysiaGazette

 

Khazanah sahkan peletakan jawatan 9 lembaga pengarah