Home Seni Hidup Buku The Abundance Factor terjual 1 juta naskhah

Buku The Abundance Factor terjual 1 juta naskhah

enulis, Dr. Ravee Packirisamy bergambar bersama buku pada sidang media pada Majlis Pelancaran Buku The Abundance Factor di Hotel Sofitel Damansara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 JULAI 2018
Penulis, Dr. Ravee Packirisamy bergambar bersama buku pada sidang media pada Majlis Pelancaran Buku The Abundance Factor di Hotel Sofitel Damansara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Buku The Abundance Factor mencatat sambutan luar biasa apabila telah terjual satu juta naskah di seluruh dunia.

Buku tulisan anak tempatan, Dr. Ravee Packirisamy dengan kerjasama penulis dari Amerika Syarikat, Joe Vitale mula berada di pasaran antarabangsa sejak Mac lalu.

Ravee memberitahu, apa yang membanggakan, buku itu muncul sebagai Amazon Best Sellers pada April lalu.

“Buku ini mengisahkan kisah seramai 43 individu daripada pelbagai latar belakang dari seluruh dunia yang berjaya dalam hidup mereka.

“Kami mengambil masa enam bulan untuk mengumpul kisah-kisah individu ini dan ia siap sepenuhnya selama setahun sebelum berada di pasaran pada Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran buku The Abundance Factor di sini hari ini.

Ravee yang merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terpilih dalam buku tersebut barharap ia memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa tiada alasan untuk berjaya.

Jelas beliau, orang ramai perlu memiliki matlamat dengan meletakkan sasaran awal untuk menggapai apa yang diinginkan.

“Kami berkongsi semua pengalaman dan ilmu dalam buku. Pembaca akan ketawa dan menangis ketika membacanya serta pastinya boleh mengubah hidup mereka.

“Ia merupakan bahan bacaan yang menjadi bimbingan secara peribadi untuk mencapai impian melimpah-limpah dan tiada had dalam hidup kita,” katanya.

Sementara itu, buku The Abundance Factor boleh dibeli secara talian di amazon.com dengan harga USD19.90 (RM80).

Untuk pasaran di negara ini, pihak penerbit sedang mengadakan perbincangan dengan pemilik gedung buku untuk dipasarkan. – MalaysiaGazette

+ posts