KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Dr. Rais Yatim mendesak kerajaan tidak memberi pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Ujarnya, isu pengiktirafan UEC adalah masalah besar yang dihadapi kerajaan PH dan menolak dakwaan ia adalah isu remeh semata-mata.
“UEC ini soal anugerah kedaulatan, ini soal bahasa bangsa, kenegaran dan negara bangsa, ini bukan remeh bukan kecil.
“Suara majoriti kata apa, tak mahu. Kaji dulu, harus kita halusi dulu sebelum UEC jadi manifesto. UEC ini letaknya dalam janji nombor 50,” katanya dalam ucapan di Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di Padang Kelab Sutlan Sulaiman Kampung Baru hari ini.
Hampir 3,000 peserta hadir membanjiri padang ini dengan kelolaan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah).
Malah katanya, isu UEC tidak harus menjadi keutamaan kerajaan PH sedangkan janji utama dalam manifesto mereka adalah menurunkan harga bahan api, harga barang dan memansuhkan tol masih belum ditunaikan. -MalaysiaGazette