Home Politik UMNO perlu berdiri atas nama sendiri

UMNO perlu berdiri atas nama sendiri

"Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?" - Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KLANG –  UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan PAS untuk terus diterima masyarakat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan kerjasama dengan parti Islam itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat jangka panjang.

“Untuk kali ini (PRK), tidak mengapalah sebab PAS tidak bertanding tapi bergabung untuk masa depan, kita kena tengok dulu,” katanya kepada pemberita selepas membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam di Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lokman Noor pada Selasa lepas yang yakin mendapat kerjasama daripada PAS dan jentera kedua-dua parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa terdekat

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata , pengundi DUN Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya BN menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti.

Seperti kita lihat, (komposisi) DUN Selangor sangat berat sebelah kerana BN hanya ada empat kerusi saja (daripada keseluruhan 56 kerusi DUN). Dalam Malaysia Baharu ini sekurang-kurangnya biar ada semak dan imbang.-BERNAMA