JAKARTA – Kedutaan Malaysia di Jakarta sedang menyelaras tindakan dengan kerjasama polis Indonesia dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) untuk membantu rakyat Malaysia di Lombok yang menghadapi kesulitan berikutan gempa bumi yang melanda wilayah tersebut.
Menurut kenyataan kedutaan itu, terdapat sekumpulan pendaki Gunung Rinjani warga Malaysia menjadi mangsa gempa yang mana enam orang mengalami kecederaan dan salah seorang dari mereka dilaporkan meninggal dunia.
“Pihak berkuasa tempatan telah dihubungi oleh kedutaan dan proses memberi bantuan kepada semua mangsa sedang giat dijalankan,” kata kenyataan itu hari ini.
Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 skala Richter melanda Pulau Lombok pada pukul 5.47 pagi waktu tempatan dan setakat ini pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 10 orang meninggal dunia manakala 40 lagi mengalami kecederaan.
Tambahnya, kedutaan sedang menyeleras tindakan dengan polis Indonesia dan Badan Nasional penanggulangan bencana (BNPB) untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lombok sedang giat dikenal pasti.
Sementara itu, Keduataan Besar Malaysia telah mengaktifkan bilik operasi dan warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor talian +62215224947 dan +6281380813036 (whatsapp) atau emel [email protected]/[email protected]. – MalaysiaGazette