Home Nasional Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan

Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan

Lokasi Esszone

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, tempoh perintah berkurung itu dilanjutkan mulai petang esok hingga 14 Ogos ini mulai 6 petang hingga jam 6 pagi.

Perintah berkurung itu melibatkan tujuh daerah iaitu Kunak, Semporna, Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak berada di lokasi berkenaan sepanjang perintah tersebut. – MalaysiaGazette