Home Nasional Harap kerajaan PH teruskan agenda MIB

Harap kerajaan PH teruskan agenda MIB

Datuk Sivarraajh Chandran
Datuk Sivarraajh Chandran

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarrajh mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda kerajaan terdahulu  memperkasakan kehidupan serta ekonomi masyarakat India seperti dalam agenda Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

“Janganlah hanya kerana MIB merupakan dasar yang diperkenalkan oleh oleh pemerintah terdahulu ,ianya dihentikan begitu sahaja,” ujarnya ketika membahaskan titah DiRaja ketika perbahasan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands mahu kerajaan berhenti memberi bayangan kononnya dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berjaya menyelesaikan isu kenaikan harga dan kos sara hidup.

Sebaliknya, katanya, rakyat yang mengundi kerajaan PH sebelum ini berharap janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ditunaikan supaya kehidupan mereka berubah.

“Sebelum ini, PH sering lantang mengaitkan pelaksanaan GST sebagai punca utama kenaikan harga barangan serta peningkatan kos sara hidup rakyat. Hari ini setelah cukai ini dimansuhkan kepada sifar peratus, apa yang disebut-sebut tidak mengalami sebarang perubahan yang berkesan.

“Malah dalam pada yang sama, GST dimansuhkan dibawa masuk pula cukai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bakal dilaksanakan pada September depan.

“Apa sebenarnya signifikasi dengan semua ini? Rakyat mahukan perubahan seperti yang di sebut-sebut sebelum PRU lepas,” katanya.

Sivarraajh juga memberi cadangan kepada kerajaan supaya membuat satu kajian menyeluruh berkenaan implikasi pengenalan sistem pencukaian baharu kepada rakyat untuk mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat.

“Saya mohon kepada kerajaan kini untuk mempertimbangkan supaya dapat mempertingkatkan penguatkusaan undang-undang serta pemantauan terhadap para peniaga agar mereka tidak lagi memanipulasi harga barangan demi keuntungan.

“Pastikan rakyat mendapat manfaat dengan pelaksanaan cukai baru dan pemansuhan cukai lama kerana yang menjadi iagaun mereka adalah tentang kos sara hidup serta harga barangan tidak terus membebankan kerana itu sebenarnya objektif utama,” tegasnya. – MalaysiaGazette