Home Nasional Lokman, Noraini ziarah bekas calon Pas Sungai Kandis

Lokman, Noraini ziarah bekas calon Pas Sungai Kandis

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad bersama Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam (kanan) beramah mesra bersama Bekas Calon PAS Sungai Kandis, Mohd Yusof Abdullah (tengah) pada Program Ziarah Kasih sempena kempen Pilihan Raya Kecil N. 49 Sungai Kandis di Lorong Abdullah, Batu 7, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2018

SHAH ALAM – Ahli Barisan Nasional (BN) hari ini menziarah calon Pas untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohd Yusoff Abdullah.

Hadir sama menziarahi Mohd Yusoff ialah calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN tersebut, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Noraini berkata, ziarah yang berlangsung hampir sejam itu adalah untuk menguatkan silaturahim sesama umat.

“Hari ini kita membuat lawatan untuk bertanya khabar kepada mantan calon Pas di Sungai Kandis dia tidak berapa sihat jadi kita dengan penuh prihatinnya maka kita membuat lawatanlah bertanyakan khabar mengenai khabar beliau tadi,” katanya kepada pemberita selesai menziarah Mohd Yusoff di kediamannya.

Menurut Noraini yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong kehadirannya dan Lokman disambut baik walaupun Mohd Yusoff tidak sihat.

“Alhamdulillah kita melihat bahawa kita disambut dengan baik lawatan ini lebih kepada mengeratkan silaturahim antara kami yang hadir dengan beliau selaku mantan calon Pas di Sungai Kandis ini,” katanya.

Sebelum ini, bekas calon Pas di Sungai Kandis itu menafikan menyokong dan akan mengundi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada PRK, 4 Ogos ini. -MalaysiaGazette