Home Sukan Martial cari pasal dengan Mourinho

Martial cari pasal dengan Mourinho

Jose Mourinho mengkritik penyerang Manchester United Anthony Martial secara terbuka kerana tidak pulang segera selepas kelahiran anak keduanya.
Jose Mourinho mengkritik penyerang Manchester United Anthony Martial secara terbuka kerana tidak pulang segera selepas kelahiran anak keduanya.

LONDON – Jose Mourinho berang dengan tindakan penyerang Manchester United, Anthony Martial kerana tidak pulang segera selepas kelahiran anak keduanya, lapor M.E.N.

Rabu lalu, Martial meninggalkan jelajah pra musim United di Amerika Syarikat (AS) untuk bersama dengan kekasihnya di Paris bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Namun sejak Sabtu lalu, Mourinho mula tidak berpuas hati apabila Martial tidak pulang segera ke Michigan untuk aksi persahabatan menentang Liverpool.

“Anthony Martial baru selamat mendapat anak dan bayinya comel dan sihat, bersyukur kepada Tuhan. Dia patut berada di sini tetapi dia tidak ada.

“Ketika ini kami akan berdepan Real Madrid dan selepas itu Bayern Munich.

“Saya hanya berharap pemain yang layak bercuti, mereka menjaga diri sendiri dan seseorang mahu melakukan apa yang Rashford dan Jones lakukan iaitu pulang lebih awal dan cuba membantu pasukan pada permulaan musim dan kami akan berdepan masalah,” katanya sinis.

Kekasih Martial, Melanie da Crus Pires mengesahkan kelahiran bayi kedua mereka pada Jumaat lalu.

Martial belum membalas kenyataan Mourinho manakala United tidak dapat mengesahkan sama ada dia diberi pelepasan untuk menemani kekasihnya itu. – MalaysiaGazette