Home Politik Pas tak bertanding PRK Balakong

Pas tak bertanding PRK Balakong

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mungkin tidak akan meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu masih belum dibawa ke mesyuarat parti.

“Itu hak partilah untuk bertanding mana-mana kerusi.

“Kita pun bukan turun bertanding sembrono sahaja. Tempat-tempat yang kita rasa boleh turun kita turun dan tempat yang kita rasa tak turun kita tak turun,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas tidak terikat dengan mana-mana parti dan pakatan dan mengambil perkembangan semasa di kawasan itu.

Beliau berkata, Pas mengambil pendirian sedemikian berdasarkan kepada pola dan kedudukan majoriti pengundi di kawasan tersebut.

“Majoriti diperoleh terlalu besar. Kita tak nak habiskan masa rakyat untuk buat benda-benda sebegini kecuali kalau kita rasa ada kepentingan sesuatu kita buat balik lah,” katanya lagi.

PRK Balakong ditetapkan pada 18 Ogos manakala hari mengundi pula ialah pada 8 September ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam satu sidang media di Putrajaya turut menetapkan hari mengundi awal ditetapkan pada 4 September ini dengan tempoh berkempen adalah selama 21 hari.

PRK Balakong diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan daripada DAP, Ng Tien Chee meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 11.7 Lebuh Raya Grand Saga, Kajang pada 20 Julai Julai lalu. – MalaysiaGazette