Lebih ramai pemain industri korporat digalakkan untuk tampil menyokong pembangunan industri E-Sports atau sukan elektronik di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkembangan sukan itu di negara ini tidak boleh diambil remeh.
“Saya nampak Air Asia menaja pasukan pro mobile legend kita yang kini pertama di Asia Tenggara dan terkenal diserata Asia dalam sukan E-Sports.
“Ini sukan masa depan yang berpotensi besar dan pada 2024 nanti sukan E-Sports ini akan dipertandingkan secara rasmi sebagai acara di Sukan Olimpik nanti.