Home Dunia Turki tidak gentar dengan ancaman sekatan Trump

Turki tidak gentar dengan ancaman sekatan Trump

Recep Tayyip Erdogan. foto AP

ISTANBUL – Presiden Tayyip Erdogan berkata, Turki akan tetap dengan pendiriannya meskipun berdepan dengan ancaman sekatan daripada Donald Trump jika tidak membebaskan paderi Amerika Syarikat, Andrew Brunson.

Hubungan Turki dan Amerika Syarikat tegang ekoran isu pembebasan Brunsin, menurut laporan beberapa media.

Khamis lalu, Presiden Amerika Syarikat mengancam untuk mengenakan “sekatan besar” ke atas Turki kecuali negara itu membebaskan Brunson.

Brunson yang bekerja di Turki selama lebih dari 20 tahun telah dituduh membantu kumpulan pemberontak semasa rampasan kuasa tentera pada 2016.

Paderi itu, bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

Brunson kini berada dalam tahanan rumah selepas 21 bulan ditahan di penjara Turki.

Beliau berdepan dengan hukuman 35 tahun penjara jika didapati bersalah.

“Kami tidak akan berundur untuk berdepan dengan sekatan itu,” kata Erdogan sambil membidas bahawa negara itu tidak boleh lupa akan kehilangan rakan yang jujur. – MalaysiaGazette