Home Nasional Guru didakwa cabul pelajar tidak dibenarkan di sekolah sama

Guru didakwa cabul pelajar tidak dibenarkan di sekolah sama

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Guru yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki di Johor tidak akan dibenarkan mengajar di sekolah berkenaan selepas balik bercuti.

Guru berkenaan sedang bercuti tanpa gaji sejak 15 Julai lalu hingga 9 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, Kementerian Pendidikan memang serius tentang dakwaan itu dan sedang menjalankan siasatan.

“Sebaik sahaja guru tersebut habis tempoh cuti tanpa gaji, dia tidak akan dibenarkan untuk mengajar di sekolah sehingga siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki yang berusia 15 tahun mendakwa dicabul sebanyak dua lelaki oleh guru bahasa Inggeris.

Mangsa mendedahkan perkara itu berikutan ketiadaan guru berkenaan.

Dalam pada itu, polis Kulai masih mengesan guru berkenaan untuk siasatan.

Nie Ching turut mengingatkan guru-guru besar, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri supaya mengambil tindakan yang sewajarnya jika ada kakitangan melakukan kesalahan jenayah.

“Tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan guru-guru tersebut ditukarkan ke jawatan kumpulan menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 2 Tahun 2009,” ujarnya. – MalaysiaGazette