Home Ekonomi Harga minyak susut

Harga minyak susut

TOKYO – Harga minyak jatuh pada hari Selasa selepas laporan menunjukkan pengeluaran OPEC mencecah paras tertinggi pada 2018 dalam bulan Julai.

Walau bagaimanapun kerugiannya terbatas disebabkan kebimbangan bekalan berlarutan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.07 kepada AS$74.90 setong pada 0109 GMT selepas meningkat AS$0.68 sen, atau 0.9 peratus.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) susut AS$0.06 pada AS$70.08, selepas meningkat lebih daripada dua peratus pada sesi sebelumnya.

Tinjauan Reuters mendapati pengeluaran OPEC meningkat pada bulan Julai sebanyak 70,000 setong setiap hari kepada 32.64 juta tong sehari.

Peningkatan penawaran seterusnya dapat mengimbangi pengeluaran dan tekanan harga.

WTI meningkat pada hari Selasa berikutan jangkaan bahawa inventori Amerika Syarikat susut pada minggu lalu dan kebimbangan gangguan di kemudahan Syncrude di Kanada tidak akan diselesaikan secepat mungkin, kata para pedagang.

Inventori minyak mentah di Oklahoma, telah berkurangan disebabkan oleh gangguan Syncrude yang telah mengurangkan aliran minyak ke hab.

Saham di hab penyimpanan Cushing jatuh kepada 23.7 juta tong, terendah sejak November 2014 pada minggu hingga 20 Julai. – MalaysiaGazette