Home Dunia Mahkamah Indonesia haramkan kumpulan JAD

Mahkamah Indonesia haramkan kumpulan JAD

Ketua kumpulan (JAD), Zainal Anshori kini telah ditahan

JAKARTA- Hakim mahkamah di Indonesia mengambil tindakan terhadap militan tempatan yang bertanggungjawab bagi serangan ganas dengan mengharamkan rangkaian mereka di negara itu hari ini.

Sebelum itu, dua keluarga termasuk kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan 12 tahun terkorban dalam satu serangan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut di sebuah gereja manakala seramai 13 lagi mayat ditemui dalam sebuah balai polis.

Menurut pihak berkuasa, serangan itu dilakukan oleh Jemaah Ansharut Daulah (JAD) menggunakan pengebom berani mati pada bulan Mei lalu di kedua-dua tempat kejadian.

“Dengan ini kami mengumumkan JAD sebuah organisasi yang terlarang,” kata Hakim, Aris Bawono Langgeng di sidang kabupaten Jakarta Selatan.

Mereka dipercayai menyertai kumpulan Negara Islam (IS) serta terlibat dalam serangan di Jakarta pada tahun 2016.

Ketua kumpulan JAD, Zainal Anshori kini telah ditahan manakala ahli kumpulannya masih diburu oleh pihak polis.- MalaysiaGazette