Home Nasional Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak tidak akan dibubar

Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak tidak akan dibubar

Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Dakwaan kerajaan bakal membubarkan Mahkamah Jenayah Seksual yang sebelum ini menjadi persoalan akhirnya terjawab dengan penafian oleh Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga menafikan perancangan sebegitu, sebaliknya beliau bersedia menerima cadangan kajian untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak.

Jelas Wan Azizah, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana tindakan atau aktiviti penganiyaan terhadap kanak-kanak.

“Setakat ini, kita tidak pernah ada sebarang perancangan untuk membubarkan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang diperuntukkan di bawah Bahagian 4 Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Kesalahan Kanak-kanak 2017.

“Kita juga sedia menilai dan mengkaji cadangan Ahli Parlimen Pengerang bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Kanak-Kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perbahasan Titah Diraja, di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman melahirkan kegusaran dengan dakwaan bahawa perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan dihentikan.

Azalina berkata, hal berkaitan falsafah kanak-kanak sepatutnya perlu ada sistem sendiri termasuk latihan dan kepakaran daripada hakim dan pendakwa.

Tambah Wan Azizah, kerajaan sedia mengkaji cadangan tersebut dengan melihat kesesuaiannya yang satu suruhanjaya bebas baharu atau diletak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). – Malaysia Gazette

+ posts