Home Dunia Myanmar tubuhkan suruhanjaya, siasat pembersihan etnik Rohingya

Myanmar tubuhkan suruhanjaya, siasat pembersihan etnik Rohingya

Pelarian Rohingya turun daripada bot selepas menyeberangi sempadan Myanmar-Bangladesh di Teluk Benggal, di Shah Porir Dwip. foto Reuters

YANGON – Myanmar telah menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia di negeri Rakhine, kata pihak berkuasa.

Myanmar kini menghadapi tuntutan akauntabiliti atas tuduhan pembersihan etnik terhadap kaum Muslim Rohingya.

Suruhanjaya itu terdiri daripada empat orang – dua orang tempatan dan dua lagi ahli antarabangsa – diplomat Filipina, Rosario Manalo dan Kenzo Oshima, bekas Duta Besar Jepun di Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Pejabat Presiden Myanmar dalam satu kenyataan.

Manalo, 82, bekas Ketua Jabatan Luar Negara Myanmar, akan mempengerusikan suruhanjaya itu.

Dua ahli tempatan pula adalah peguam Mya Thein manakala Aung Tun Thet, seorang ahli ekonomi dan bekas pegawai PBB.

Tahun lalu, Aung Tun Thet dilantik oleh ketua de facto Aung San Suu Kyi untuk memainkan peranan penting dalam tindak balas Myanmar terhadap krisis Rakhine.

“Suruhanjaya itu akan menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan isu berkaitan, berikutan serangan pemberontak Rohingya oleh tentera Myanmar, menurut pejabat Presiden Win Myint.

More than 700,000 Rohingya fled Myanmar’s western Rakhine state after a military crackdown that started in August last year in response to attacks by ARSA on security posts. Myanmar has rejected accusations of ethnic cleansing and dismissed most accounts of atrocities, blaming Rohingya “terrorists”.

Lebih 700,000 Rohingya melarikan diri dari negeri barat Rakhine, Myanmar selepas tindakan keras tentera yang bermula pada bulan Ogos tahun lalu sebagai tindak balas terhadap serangan pemberontak Rohingya di pos keselamatan.

Myanmar telah menolak dakwaan pembersihan etnik dan menolak kebanyakan dakwaan kekejaman, sebaliknya mendakwa Rohingya sebagai “pengganas”.

Kenyataan itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu “sebahagian daripada inisiatif nasionalnya untuk menangani perdamaian, keamanan, kestabilan dan pembangunan di Rakhine”. – MalaysiaGazette

+ posts