Home Dunia Petani bunuh diri sebab tak bayar hutang

Petani bunuh diri sebab tak bayar hutang

Sebanyak 13,000 petani dipuratakan bunuh diri di India kerana tidak dapat membayar hutang.

MAHARASHTRA- Seorang petani ladang yang dikenali sebagai Gajanan Jaybhaye berusia 35 tahun didakwa membunuh diri gara-gara tidak dapat membayar hutang, kata polis tempatan semalam.

Menurut polis, mangsa mengambil tindakan nekad itu dengan meminum racun sebelum membakar diri sendiri dan membina sendiri pyrenya (tempat ritual pembakaran mayat) dengan dikelilingi kayu dan makanan haiwan di ladangnya.

Kejadian tersebut berlaku di daerah Buldhana Ahad lalu.

Katanya, selepas siasatan ahli keluarga Jaybhaye, mangsa menghadapi masalah berkaitan dengan pembayaran balik pinjamannya.

Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenarnya, ujar polis.

Menurut kajian, sebanyak 13,000 kes petani membunuh diri dilaporkan setiap tahun di India.- MalaysiaGazette