Home Nasional Tabung Harapan cecah lebih RM168 juta

Tabung Harapan cecah lebih RM168 juta

Tabung
Jumlah tersebut dikeluarkan Kementerian Kewangan menerusi akaun Facebook rasmi sebentar tadi.

PUTRAJAYA – Selepas dua bulan pelancaran Tabung Harapan Malaysia, hari ini kutipannya berjumlah RM168,418,626.85.

Jumlah tersebut dikeluarkan Kementerian Kewangan menerusi akaun Facebook rasmi sebentar tadi.

Untuk rekod, Tabung Harapan Malaysia dilancarkan pada 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk tujuan mengutip derma daripada rakyat bagi membantu kerajaan mengurangkan hutang negara. -MalaysiaGazette