TERKINI : “Pemilihan Tun M Dalam Khazanah Tidak Bercanggah” – Wan Azizah

Walaupun segelintir pihak merasakan pelantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Khazanah Nasional Bhd tidak perlu disoal atau bercanggah dengan Manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pelantikan kedua-dua mereka sebagai Pengarah dalam badan itu sebenarnya amat bersesuaian dengan portfolio yang dipegang oleh masing-masing.

Malah jelas Wan Azizah, kedua-dua pemimpin itu berkemampuan untuk menarik pelabur untuk melabur demi kepentingan negara.

“Tidak jadi isu. Saya lihat elok juga Khazanah pergi kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga Perdana Menteri.