Home Politik Ustaz Zawawi jangan takbur, kata Lokman

Ustaz Zawawi jangan takbur, kata Lokman

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

SHAH ALAM – Datuk Lokman Noor Adam hari ini ‘menegur’ calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang disifatkannya bersikap takbur apabila begitu yakin dapat ‘menyapu bersih’ undi kaum India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini.

Malah kata calon BN itu jika beliau menerima dua undi sahaja daripada kaum India sudah cukup membuktikan keyakinan Mohd Zawawi tidak berasas.

“Kalau dia (Mohd Zawawi) cakap boleh sapu bersih, saya rasa takbur sangat. Sepatutnya sifat takbur dan riak tidak perlu ada dalam jiwa seorang ustaz,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Parlimen Kota Raja di sini.

Lokman Noor berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohd Zawawi hari ini yang menyatakan keyakinannya menyapu bersih undi masyarakat India pada PRK berkenaan.

Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun itu berkata keyakinan tersebut adalah hasil maklum balas positif yang diterima daripada kaum India di daerah-daerah mengundi DUN berkenaan selain daripada pemimpin komuniti yang menyatakan sokongan terbuka kepadanya.-BERNAMA

 

Calon PKR yakin ‘sapu bersih’ undi India di Sg. Kandis