Home Sukan Zidane pilihan utama jika Jose Mourinho keluar

Zidane pilihan utama jika Jose Mourinho keluar

Zidane pilihan utama MU
Zinedine Zidane akan jadi pilihan Man United andai kata Jose tinggalkan Old Trafford.

ENGLAND – Zinedine Zidane akan menjadi pilihan utama dalam senarai Manchester United andai kata Jose Mourinho meninggalkan Old Trafford kali ini.

Masalah sepanjang aksi jelajah pra-musim Manchester United di Amerika Syarikat mengejutkan pemain skuad dan kakitangan pasukan the Special One.

Jose mula merungut kelab paling bernilai di dunia itu gagal menyuntik dana untuk mendapatkan pemain yang diinginkan pengurus warga Portugal itu.

Menurut sumber terdekat Old Trafford, panggilan pertama Manchester United akan pergi kepada Zidane sekiranya keputusan menamatkan kontrak Mourinho dimuktamadkan.

Legenda Perancis berusia 46 tahun itu meninggalkan Real Madrid Mei lalu selepas mencipta kejuaraan hatrik menjulang kejuaraan Eropah tiga tahun berturut-turut bersama kelab gergasi Eropah itu.

Zidane dikatakan mendahului senarai pengurus berprofil tinggi yang disediakan Manchester United sama seperti yang dilakukan untuk Mourinho semasa Louis van Gaal di penghujung kontrak bersama the Red Devils.

Mourinho mengamuk terhadap sikap sambil lewa kelabnya yang gagal membeli lima pemain yang disenaraikannya bagi memperkuatkan pasukan untuk merebut kejuaraan liga domestik musim 2018-19.

Musim lalu Manchester United menamatkan liga di tempat kedua di belakang juara manchester City dengan perbezaan 19 mata.

Setakat ini Manchester United hanya mampu mendapatkan pemain tengah Fred dari Brazil.

Mourinho juga mengakui dia meletakkan kariernya dalam risiko dengan mengritik pasukannya.

Rentetan teguran itu, segelintir pemain skuad menganggap ia merupakan kempen terakhir Mourinho di Theatre of Dreams.- MalaysiaGazette