Home Sukan Lazio sedia dengar tawaran untuk Savic

Lazio sedia dengar tawaran untuk Savic

presiden Lazio Claudio
Lazio menyatakan kesediaan mendengar sebarang tawaran untuk Milinkovic Savic

ITALI – Presiden Lazio Claudio Lotito mendedahkan bahawa kelab itu bersedia untuk mendengar tawaran untuk Sergej Milinkovic-Savic.

Milinkovic-Savic dikaitkan kuat dengan kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris musim ini.

Manchester United dan Chelsea merupakan dua kelab gergasi England yang berebut untuk mendapatkan khidmat pemain muda berbakat berusia 23 tahun itu.

Difahamkan bahawa Lazio meletakkan nilai 89 juta pound ke atas Milinkovic Savic.

Tetapi bintang antarabangsa Serbia itu meluahkan hasrat untuk kekal di Lazio menjelang kempen 2018/19.

Sementara Lotito mengakui bahawa kelab Serie A itu akan menilai setiap bidaan yang diterima daripada kelab berminat untuk Savic.

“Saya tidak pernah meletakkan Savic untuk dijual,” kata Lotito kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Tegas beliau kelabnya akan meneliti sebarang tawaran lumayan daripada mana-mana kelab Eropah.

“Selepas Juventus, Inter Milan dan AC Milan, kelab saya Lazio merupakan yang paling berjaya daripada segi koleksi piala,” tegasnya.

Bekas bintang pertahanan Man United Patrice Evra berpendapat bahawa dia berhati hati berbicara tentang Manchester United.

“saya perlu berhati-hati komen pasal kelab itu, kerana bermain untuk the Red Devils bukan sekadar soal keupayaan kamu.

“Kamu mesti membawa karakter, dan personaliti dan perlu memiliki semangat sedia berkorban untuk kelab itu, harapan kelab itu sangat tinggi dan itulah yang saya bimbang sekarang (Milinkovic Savic).

“Kalau memaklumkan kepada saya bahawa saya akan beraksi untuk Man United, tetapi tidak akan dibayar, saya akan bermain untuk the Red Devils.

“Jika dia (Milinkovic Savic) mempunyai mentaliti itu dan sedia berkorban untuk Jose Mourinho, saya gembira untuknya,” tegas bekas bintang antarabangsa Perancis itu. – MalaysiaGazette