ENGLAND – Gareth Southgate akan ditawarkan kontrak baharu oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) dengan kenaikan gaji agak signifikan tidak lama lagi.
Tawaran itu bakal memastikan Southgate kekal sebagai Pengurus England menjelang tahun 2020 dan juga Piala Dunia Qatar 2022.
Southgate mempunyai kontrak berbaki dua tahun lagi tetapi FA mahu memberi ganjaran kepada kejayaannya membawa England ke separuh akhir Piala Dunia Rusia 2018.
Aksi luar biasa pasukan Three Lions di Rusia menyaksikan Southgate menarik perhatian kerjaya beberapa kelab di Eropah untuk diisi segera mulai musim hadapan.
Rentetan itu FA percaya adalah wajar menawarkan kontrak baharu untuk Southgate untuk kekalkan khidmatnya sehingga 2020.
Rundingan ke arah kontrak baharu itu dijangkakan minggu hadapan apabila Southgate kembali daripada bercuti.
Sebarang kontrak baharu meramalkan Southgate bakal membimbing England ke Piala Dunia Qatar 2022.
Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn berkata England mempunyai urusan yanhg masih belum selesai menerusi Southgate dan mereka mensasarkan England sebagai empat negara terbaik dunia.
Bercakap pada Rabu, Glenn berkata,” Gareth seorang jurulatih terbaik dan kami mahu dia kekal bersama pasukan selepas 2020 dan kami merasakan itulah hasrat beliau juga.
“Southgate sayang kejohanan Piala Dunia dan dia membina kepercayaan sendiri dalam pasukan bahawa kita boleh melangkah lebih jauh dan itulah memberi motivasi kepada semua termasuk pembantunya Steve Holland.
Aksi England dalam pusingan separuh akhir di Rusia Julai lalu adalah paling terbaik sepanjang 28 tahun penyertaannya.
Namun Southgate menegaskan misinya tidak akan selesai selagi memastikan England memasuki kelompok empat pasukan terbaik dunia kelak.- MalaysiaGazette