Majlis Belia Malaysia (MBM) mahu kerajaan menyelesaikan isu bantuan pembiayaian kepada latihan kemahiran bidang teknikal dan vokasional (TVET).
Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusuf meminta Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran memberi perhatian dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Menurutnya, sejak lima tahun lalu, pihaknya mendapat tekanan menyelesaikan masalah kekurangan wang dalam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar TVET yang memerlukan.