Home Dunia Warga Malaysia antara 3 mangsa bunuh di Afghanistan

Warga Malaysia antara 3 mangsa bunuh di Afghanistan

Seorang anggota polis di Kabul melakukan pemeriksaan di jalan raya. - Gambar Hiasan

KABUL – Anggota militan menculik dan membunuh tiga warga asing yang bekerja untuk sebuah syarikat makanan antarabangsa di ibu negara Afghanistan, Kabul, kata para pegawai keselamatan dan seorang diplomat.

Seorang diplomat kanan di Kabul berkata, mereka bekerja untuk syarikat perkhidmatan makanan dan katering kedua terbesar dunia, Sodexo.

“Seorang warga India, seorang warga Malaysia dan seorang warga Macedonia telah diculik dan dibunuh. Kami telah menemui mayat mereka,” kata jurucakap ketua polis Kabul, Hashmat Stanekzai kepada Reuters.

Seorang pegawai keselamatan Afghanistan berkata, mereka menemui kad-kad pengenalan berhampiran mayat dan sedang mengenalpasti mangsa daripada syarikat tersebut.

Pegawai Sodexo di Afghanistan tidak dapat dihubungi untuk ulasan. – Agensi

+ posts