
ZIMBABWE- Emmerson Mnangagwa dipilih sebagai Presiden Zimbabwe selepas dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya negara itu.
Beliau yang mewakili Parti Zanu-PF memperolehi 2.46 juta undian (50.8%) menewaskan pemimpin pembangkang, Nelson Chamisa yang mendapat 2.15 juta (44.3%) undi.
Ia merupakan pilihan raya pertama selepasĀ Robert Mugabe melepaskan jawatan dalam rampasan kuasa selepas 30 tahun memerintah. – MalaysiaGazette