TOKYO – Harga minyak susut hari ini ekoran kebimbangan peningkatan pengeluaran Rusia bulan lalu, selain pengurangan harga minyak mentah oleh Arab Saudi bagi para pelanggannya di Asia.
Minyak mentah Brent diniaga pada AS$73.32 setong, selepas meningkat 1.5 peratus pada hari Khamis.
Manakala minyak Amerika Syarikat susut AS$0.05 kepada AS$68.91 setong.
Rusia meningkatkan pengeluaran minyak sehingga 150,000 tong sehari sejak awal bulan lalu.
Saudi Arabia, Russia, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pula menambah pengeluaran bagi menampung bekalan minyak mentah Iran berikutan persediaan sekatan Amerika Syarikat ke atas Tehran pada akhir tahun ini. – MalaysiaGazette