MILAN – AC Milan hari ini mengesahkan menandatangani penyerang Juventus Gonzalo Higuain secara pinjaman dengan opsyen pembelian tetap.
Bintang berusia 30 tahun itu berhijrah ke San Siro dua musim lu sebelum dipinjamkan kepada AC Milan hari ini.
Manakala pemain pertahanan Juventus Leonardo Bonucci pula melengkapkan perpindahan dari AC Milan ke Juventus.
Milan dilaporkan membayar 16.3 juta pound untuk mengambil Higuain musim ini dengan opsyen melengkapkan perpindahan tetap dengan nilai 32.6 juta pound.
Juventus mengesahkan perkara itu menerusi dokumen khusus dalam laman web rasmi kelab itu.
Pemain antarabangsa Argentina menyertai Juventus dari Napoli dengan rekod yuran sekitar 75.3 juta pada 2016.
Higuain menjaringkan 40 gol sepanjang dua musim bersama Juventus sebelum ini.
Milah menyambut kehadiran Higuain sebagai permulaan episod penting untuk kelab Serie A itu.- MalaysiaGazette