Home Ekonomi Shahril masih CEO KWSP hingga tarikh lapor diri

Shahril masih CEO KWSP hingga tarikh lapor diri

Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR – Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang diumumkan sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad yang baru akan kekal menerajui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga beliau melaporkan diri pada 20 Ogos ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar.

“Sebelum itu, Shahril akan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk memastikan kesinambungan dan penyerahan tugas yang sewajarnya di KWSP,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan di sini.

Shahril, 48, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif KWSP sejak 16 April 2013. – MalaysiaGazette