TERKINI : Penstrukturan Semula TEKUN Elak Individu Berkepentingan

Kementerian Pembangunan Usahawan sedang melakukan penstrukturan semula kepimpinan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang merupakan agensi di bawah kementerian itu.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, langkah itu melibatkan kepimpinan diperingkat bawahan serta cawangan di negeri-negeri.

Katanya, ia dilakukan bagi mengelak berlakunya unsur-unsur yang tidak sewajarnya oleh mereka-mereka yang berkepentingan hingga memberikan kesan kepada peminjam Tekun.