Home Seni Hidup Vedigundu Passange meletup, kutip RM500,000 seminggu

Vedigundu Passange meletup, kutip RM500,000 seminggu

KUALA LUMPUR – Siri terbaru trilogi filem Pasanga iaitu Vedigundu Pasangge (Budak-Budak Meletup) terus meletup di pawangam dalam dan luar negara apabila berjaya mengutip RM500,000 sejak ditayangkan minggu lepas.

Menariknya, walaupun filem tempatan Tamil arahan Dr. Vimala Perumal itu berdepan dengan cabaran apabila ada dua lagi tTamil dari India ditayangkan namun selera peminat semakin berubah.

Rata-rata mereka bertindak memilih untuk menonton trilogi filem komedi romantik itu yang sebelum ini turut berjaya menggegarkan pawangam tempatan dengan kesinambungan terdahulu, Vilaiyaatu Pasangge terbitan tahun 2011 dan sekuel, Vetti Pasanga pada tahun 2014.

Menurut penerbit Vedigundu Pasangge , Denes Kumar yang juga turut membawakan watak protagonis dalam filem berkisarkan kes jenayah di Malaysia, khususnya dalam kalangan komuniti India dan beliau cukup teruja dengan sambutan diterima.

“Saya berterima kasih dengan sokongan oleh peminat dalam dan luar negara, telefon saya dan isteri saya, Vimala tidak henti-henti menerima mesej filem ini menghiburkan mereka.

“Kami terus berdoa agar sambutan pada minggu ini juga memberangsangkan.

“Pembikinan filem ini yang ambil masa hampir dua tahun ini sebenarnya membawa kepada kepuasan kerana apa yang terhidang itu memuaskan hati. Itu yang paling penting. Sudah tentu kami berdepan dengan pelbagai cabaran tetapi apabila objektifnya tercapai, kami gembira,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Vimala Denes
Denes Kumar dan isterinya, Vimala.

Vedigundu Pasangge terbitan Veedu Production menampilkan 150 pelakon tempatan dan India seperti Teejay Arunachalam, Shakthisree Gopalan, Sathyaprakash Dharmar, Datin Seri Shaila Nair dan Balan Kashmir.

Turut membintangi filem ini adalah pelakon utama filem Adiwiraku,  Sangeeta Krishnasamy dan pelakon Ola Bola, Sarankumar Manokaran.

Filem itu menampilkan empat buah trak lagu yang kini menjadi popular dan kegilaan, antaranya Vizhiye Kalangathey yang mencecah lebih sejuta tontonan dalam YouTube dan juga Vaada Villayadu, Love Mood serta lagu tema Vedigunde Passaga yang juga menggunakan pengarah muzik India terkenal, Vivek Siva serta Mervin Solomon. – MalaysiaGazette