Home Politik Hanya 1 borang pencalonan jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR diserah sehingga jam...

Hanya 1 borang pencalonan jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR diserah sehingga jam 12 tengahari

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin semasa menghantar borang penamaan calon mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding sebagai Presiden PKR pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Setakat 12 tengahari ini, hanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar borang pencalonan beliau untuk jawatan Presiden PKR.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, bekas Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah menghantar borang pencalonannya melalui wakil.

Bagi jawatan Naib Presiden PKR pula sebanyak dua borang pencalonan telah dikemukakan oleh Wiliam Leong dan Michael Thamil sebentar tadi.

Untuk jawatan Ketua Wanita Pusat, Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan beliau dan untuk jawatan Timbalan Ketua Wanita Pusat pula, sebanyak dua pencalonan iaitu Dr Daroyah dan Rodziah Ismail. – Malaysia Gazette